Masjid Tun Abdul AzizSenibina Ikonik Petaling Jaya
Dibinakan pada tahun 1970-an, reka bentuk bulatnya yang unik melambangkan kebersamaan dan kesaksamaan, serta menyediakan ruang solat tanpa tiang penghalang.
Destinasi Pelancongan & Komuniti
Masjid Tun Abdul Aziz bukan sekadar tempat beribadah, malah ia berfungsi sebagai pusat komuniti setempat. Selain peranan asasnya, masjid ini juga merupakan tempat kegiatan penyatuan masyarakat, pendidikan, serta aktiviti sosial. Kami sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kedatangan anda untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.
Hebahan Terkini
Ada kemusykilan tentang agama? tanya ustaz kami.
Ajukan persoalan berkaitan fiqh, ibadah, akidah, atau permasalahan seharian anda. Ustaz kami akan menyemak dan menghantar jawapan yang terperinci terus ke emel anda.

Saham Akhirat Anda Bermula Di Sini
Sumbangan anda amat bermakna bagi mengimarahkan masjid dan membantu komuniti setempat. Setiap sumbangan yang disalurkan akan digunakan untuk penyelenggaraan, aktiviti dakwah, dan kebajikan.
