Tempahan Lawatan Pelancong
Selamat datang ke Masjid Bulat PJ. Kami mengalu-alukan kedatangan pelawat antarabangsa dan tempatan untuk mempelajari warisan senibina dan budaya Islam.
Maklumat Lawatan
Lawatan rasmi secara berkumpulan amat dialu-alukan. Sila buat tempahan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh lawatan. Pihak pengurusan masjid menyediakan penerangan ringkas mengenai sejarah masjid dan tatacara bersolat.
Waktu Lawatan Rasmi
Sabtu - Khamis: 9:00 AM - 12:00 PM | 2:00 PM - 4:00 PM. Jumaat: Tutup untuk lawatan pelancong (Solat Jumaat)
